blog tempat untuk kita meluah rasa, mengekpresi diri, bukan mempertimbang pandangan atau cuba menjadi sesuatu yang lain. blog tempat kita menjadi asli, tempat kita menjadi diri sendiri, bukan bayangan yang khalayak agungkan.

loads, -.-"

post ni mungkin tak bermakna, tapi aku nak juga letak cerpen aku kat sini! haha.

_________________________________________________________________________________

Angin malam menyapa tubuh gadis itu, kesejukannya menggigit hingga ke tulang.Tidak tahan dengan angin malam, pantas dia ke almari mencapai baju sejuk. Selesa dengan pakaian yang lebih tebal, gadis itu meneruskan kerja akaun yang sudah tertangguh selama beberapa hari.’Arghh, tu lah mengarut lagi tengok filem macam macam, sekarang kerja dah berlambak’ Gadis itu memarahi diri sendiri.Terleka dengan kerja yang berhimpun, maatanya tertancap pada gambar gambar yang dilekat di dinding tempat belajarnya.Lantas, memori lama terungkai kembali.Gadis itu teringat kisah nakal di asramanya dahulu.
_____________________________________________________________________________________
“Woi!! Cepat ar, karang kantoi lah.” Bisik Mimiey dalam gelap, memastikan pergerakan mereka tidak dikesan oleh pelajar lain.”Hah, selamat dah! Terbaik la weh.” Aeton tersenyum girang setelah mereka berempat selamat masuk ke dalam dorm tanpa dikesan. Setiap hari sepatutnya semua pelajar wajib pergi ke surau solat berjemaah tapi disebabkan kemalasan empat sekawan Mimiey, Nadh, Aeton dan Ain nekad ponteng.Bukan sekali mereka ponteng, malahan boleh dikira berapa kali sangat mereka ke surau.Bukan saja sebab malas, tapi pelajar tingkatan lima memang sengaja buat begitu untuk memberontak ke atas ketua warden mereka, Puan Taksiah.Sejak tingkatan tiga lagi, sebaik saja Puan Taksiah mengambil alih asrama perempuan dia memang tidak desenangi pelajar.Disebabkan perangai warden yang terlampau tegas dan pelajar pula terlampau keras kepala dan melawan, asrama itu kadang kadang seperti medan perang dingin.
“Weh, tadi korang pergi jemaah?” Mia berbisik kepada Mimiey. “Memang tak ar kite orang pergi, kenapa?” Risau dengan pertanyaan Mia yang kedengaran serius. “Dengar cerita, Taksiah mengamuk tadi pasal bilik penyelia kena pecah masuk. Takut ar doe.” Semua terdiam mendengar berita yang disampaikan Mia. Bilik penyelia, terletak di bangunan blok B asrama yang rata rata nya didiami pelajar senior telah dipecah masuk.Tapi itu bukan yang menakutkan mereka, sebab pelajar tingkatan lima yang terdiri dari 15 orang itu jugalah yang telah memecah masuk bilik penyelia pada tengah malam setelah semua pelajar lain enak dibuai mimpi.”Aku dah agak dah, malam tadi takde siapa pun kemas bilik tu kan?” Pa’ah bersuara tiba tiba. Tanpa sempat menyambung kata, dushh! Kepala Pa’ah disepuk Ika, “Memang ar, kau tak ingat semua orang pun mengantuk masa lepak malam tadi?” Ika khuatir gadis berkulit hitam manis itu akan menuduh orang yang tidak bersalah atas kecuaian yang berlaku.Malam itu mereka semua berharap rahsia mereka tidak dihidu oleh pihak atasan sekolah.
Seminggu telah berlalu, tiada cerita lanjut tentang pencerobohan itu kedengaran lagi.Setelah pasti mereka telah selamat dari sebarang tuduhan, pelajar tingkatan lima kembali meneruskan idea idea nakal untuk mengenakan warden.Kali ini, Aby jadi dalang rancangan.”Korang, nak kurma tak?” pelawa Aby di depan bilik studi, sambil melemparkan pandangan pada sekotak kurma di pintu bilik studi.Pelik dengan kotak yang diletak di lantai, Khadijah menyepak hujung kotak kurma. “Eyyy, katak eh?!” setelah dia menyedari ada lender di tepi kotak. Aby pula, tersenyum sinis memandang rakan rakannya yang lain. Mimiey, dengan lurusnya bertanya tujuan katak itu ditangkap.”Malam ni, pukul 12 korang jangan tidur dulu.Ikut aku, letak katak ni dalam van Taksiah. Nak?” Mata semua yang ada dalam bilik studi terus bersinar mendengar kata kata Aby, tanda setuju dengan rancangannya.Dan pada malam itu, rancangan mereka diteruskan dengan lancar.Pagi esoknya, satu asrama dikejutkan dengan jeritan Puan Taksiah yang marah marah selepas menjumpai katak di dalam van Vanneta nya.Dan pelajar tingkatan lima tersenyum sesame sendiri, bangga dengan rancangan yang telah berjaya.
_____________________________________________________________________________________
Lagu Silverstein, My Heroine menyedarkan gadis itu dari lamunannya.Nama Mimiey tertera di skrin telefon bimbit, “Yea, kau rindu aku eh sengal?” gadis itu berteriak. “Takde makna aku nak rindu kau, haha.Lepak jum sabtu ni.Semua pun ada, aku tak kira kau mesti join juga. Lagi info kau usha kat FB. Dah, aku nak call yang lain pulak. Bye.”Tanpa sempat menyampuk, Mimiey terus memutuskan talian.Memang setiap kali mereka berjumpa, Mimiey akan telefon cuma untuk menyampaikan info yang penting saja. Semua sedia maklum dengan perangai rakan mereka itu yang sentiasa rajin mengumpulkan semua kerabat mereka untuk bertemu kembali.Kini, walau sudah hampir tiga tahun mereka menamatkan alam persekolahan persahabatan mereka masih utuh.Setiap kali bertemu, pasti nama Puan Taksiah disebut, semua kenakalan semasa zaman sekolah akan diperkatakan, semua yang berlaku tak mungkin dilupakan begitu saja.Bukan sekadar pecah masuk, kes katak yang dilakukan tapi setiap bulan ada saja idea mereka untuk memberontak di asrama.Pernah sekali, mereka curi curi keluar asrama untuk bersorak pasukan bola tampar sekolah mereka yang bertanding di sekolah asrama lain.Pernah juga mereka diherdik, dimarah, didenda depan semua pelajar asrama tapi mereka tidak pernah serik kerana setiap yang berlaku membuat ikatan persahabatan mereka lebih erat.
Pandangan gadis itu jatuh pula pada cebisan kertas yang diberi sahabat baiknya,
Ini cara kita, cara kita kecapi nikmat hidup.Walau dunia menentang,kita terus mara. Kita rasa, kita bebas, kerana ini cara kita. Zaman dulu kita tinggalkan, dunia baru kita langkah tapi kita tetap kita. Kerana ini cara kita.
Ya, kita ada cara sendiri dan kita tetap teguh dengan cara kita.


okay, nie FIRST time buat cerpen, sebelum ni "puisi" je kan aeton? haha. so kalau korang nak muntah darah lepas baca benda ni pun aku halalkan je~ lalalalala~

1 comment: