blog tempat untuk kita meluah rasa, mengekpresi diri, bukan mempertimbang pandangan atau cuba menjadi sesuatu yang lain. blog tempat kita menjadi asli, tempat kita menjadi diri sendiri, bukan bayangan yang khalayak agungkan.

berbaju kurung,

homaigod! homaigod! #jerit jerit, tercungap cungap
esok dah new year! and shit, aku DUA PULUH esok.
tekde ar cukup 365hari kali 20 punya umur, tapi dua puluh ar tu. #err, faham tak?
bahasa aku tersangat la teruk sejak bergelumang dengan nombor ni.
okay, patah balik kat isu umur tadi. -.-"
dengan ini, saya hanna nadhrah binti kamarun dengan tanpa segan silunya menyatakan,
saya memang takrasa macam dua puluh, rasa macam budak nak amek UPSR je.
haha.
semoga umur dua puluh ni, kite semua jadi matang sama sama ar eh?
ni azam setiap tahun actually, tapi at the end setiap tahun lagi bertambah tak matured ada ar.
kan korang?
nak tulis azam, macam takperlu je.
setiap kali tulis, fikir bagai nak rak tapi apa pun takjadi so tahun ni azam simpan dalam diari je.
diari tuu~ weet weet.
okay, takde ilham ni. lastly,
HAPPY NEW YEAR, 2012 :)

loads, -.-"

post ni mungkin tak bermakna, tapi aku nak juga letak cerpen aku kat sini! haha.

_________________________________________________________________________________

Angin malam menyapa tubuh gadis itu, kesejukannya menggigit hingga ke tulang.Tidak tahan dengan angin malam, pantas dia ke almari mencapai baju sejuk. Selesa dengan pakaian yang lebih tebal, gadis itu meneruskan kerja akaun yang sudah tertangguh selama beberapa hari.’Arghh, tu lah mengarut lagi tengok filem macam macam, sekarang kerja dah berlambak’ Gadis itu memarahi diri sendiri.Terleka dengan kerja yang berhimpun, maatanya tertancap pada gambar gambar yang dilekat di dinding tempat belajarnya.Lantas, memori lama terungkai kembali.Gadis itu teringat kisah nakal di asramanya dahulu.
_____________________________________________________________________________________
“Woi!! Cepat ar, karang kantoi lah.” Bisik Mimiey dalam gelap, memastikan pergerakan mereka tidak dikesan oleh pelajar lain.”Hah, selamat dah! Terbaik la weh.” Aeton tersenyum girang setelah mereka berempat selamat masuk ke dalam dorm tanpa dikesan. Setiap hari sepatutnya semua pelajar wajib pergi ke surau solat berjemaah tapi disebabkan kemalasan empat sekawan Mimiey, Nadh, Aeton dan Ain nekad ponteng.Bukan sekali mereka ponteng, malahan boleh dikira berapa kali sangat mereka ke surau.Bukan saja sebab malas, tapi pelajar tingkatan lima memang sengaja buat begitu untuk memberontak ke atas ketua warden mereka, Puan Taksiah.Sejak tingkatan tiga lagi, sebaik saja Puan Taksiah mengambil alih asrama perempuan dia memang tidak desenangi pelajar.Disebabkan perangai warden yang terlampau tegas dan pelajar pula terlampau keras kepala dan melawan, asrama itu kadang kadang seperti medan perang dingin.
“Weh, tadi korang pergi jemaah?” Mia berbisik kepada Mimiey. “Memang tak ar kite orang pergi, kenapa?” Risau dengan pertanyaan Mia yang kedengaran serius. “Dengar cerita, Taksiah mengamuk tadi pasal bilik penyelia kena pecah masuk. Takut ar doe.” Semua terdiam mendengar berita yang disampaikan Mia. Bilik penyelia, terletak di bangunan blok B asrama yang rata rata nya didiami pelajar senior telah dipecah masuk.Tapi itu bukan yang menakutkan mereka, sebab pelajar tingkatan lima yang terdiri dari 15 orang itu jugalah yang telah memecah masuk bilik penyelia pada tengah malam setelah semua pelajar lain enak dibuai mimpi.”Aku dah agak dah, malam tadi takde siapa pun kemas bilik tu kan?” Pa’ah bersuara tiba tiba. Tanpa sempat menyambung kata, dushh! Kepala Pa’ah disepuk Ika, “Memang ar, kau tak ingat semua orang pun mengantuk masa lepak malam tadi?” Ika khuatir gadis berkulit hitam manis itu akan menuduh orang yang tidak bersalah atas kecuaian yang berlaku.Malam itu mereka semua berharap rahsia mereka tidak dihidu oleh pihak atasan sekolah.
Seminggu telah berlalu, tiada cerita lanjut tentang pencerobohan itu kedengaran lagi.Setelah pasti mereka telah selamat dari sebarang tuduhan, pelajar tingkatan lima kembali meneruskan idea idea nakal untuk mengenakan warden.Kali ini, Aby jadi dalang rancangan.”Korang, nak kurma tak?” pelawa Aby di depan bilik studi, sambil melemparkan pandangan pada sekotak kurma di pintu bilik studi.Pelik dengan kotak yang diletak di lantai, Khadijah menyepak hujung kotak kurma. “Eyyy, katak eh?!” setelah dia menyedari ada lender di tepi kotak. Aby pula, tersenyum sinis memandang rakan rakannya yang lain. Mimiey, dengan lurusnya bertanya tujuan katak itu ditangkap.”Malam ni, pukul 12 korang jangan tidur dulu.Ikut aku, letak katak ni dalam van Taksiah. Nak?” Mata semua yang ada dalam bilik studi terus bersinar mendengar kata kata Aby, tanda setuju dengan rancangannya.Dan pada malam itu, rancangan mereka diteruskan dengan lancar.Pagi esoknya, satu asrama dikejutkan dengan jeritan Puan Taksiah yang marah marah selepas menjumpai katak di dalam van Vanneta nya.Dan pelajar tingkatan lima tersenyum sesame sendiri, bangga dengan rancangan yang telah berjaya.
_____________________________________________________________________________________
Lagu Silverstein, My Heroine menyedarkan gadis itu dari lamunannya.Nama Mimiey tertera di skrin telefon bimbit, “Yea, kau rindu aku eh sengal?” gadis itu berteriak. “Takde makna aku nak rindu kau, haha.Lepak jum sabtu ni.Semua pun ada, aku tak kira kau mesti join juga. Lagi info kau usha kat FB. Dah, aku nak call yang lain pulak. Bye.”Tanpa sempat menyampuk, Mimiey terus memutuskan talian.Memang setiap kali mereka berjumpa, Mimiey akan telefon cuma untuk menyampaikan info yang penting saja. Semua sedia maklum dengan perangai rakan mereka itu yang sentiasa rajin mengumpulkan semua kerabat mereka untuk bertemu kembali.Kini, walau sudah hampir tiga tahun mereka menamatkan alam persekolahan persahabatan mereka masih utuh.Setiap kali bertemu, pasti nama Puan Taksiah disebut, semua kenakalan semasa zaman sekolah akan diperkatakan, semua yang berlaku tak mungkin dilupakan begitu saja.Bukan sekadar pecah masuk, kes katak yang dilakukan tapi setiap bulan ada saja idea mereka untuk memberontak di asrama.Pernah sekali, mereka curi curi keluar asrama untuk bersorak pasukan bola tampar sekolah mereka yang bertanding di sekolah asrama lain.Pernah juga mereka diherdik, dimarah, didenda depan semua pelajar asrama tapi mereka tidak pernah serik kerana setiap yang berlaku membuat ikatan persahabatan mereka lebih erat.
Pandangan gadis itu jatuh pula pada cebisan kertas yang diberi sahabat baiknya,
Ini cara kita, cara kita kecapi nikmat hidup.Walau dunia menentang,kita terus mara. Kita rasa, kita bebas, kerana ini cara kita. Zaman dulu kita tinggalkan, dunia baru kita langkah tapi kita tetap kita. Kerana ini cara kita.
Ya, kita ada cara sendiri dan kita tetap teguh dengan cara kita.


okay, nie FIRST time buat cerpen, sebelum ni "puisi" je kan aeton? haha. so kalau korang nak muntah darah lepas baca benda ni pun aku halalkan je~ lalalalala~

buntu kau tahu?!

duhh. sebab kawan sendiri yang promote, aku pun dengan teruja ar masuk pertandingan cerpen yang due date nya esok. HAHA. mengarut gila, jangan sampai aku tulis pasal kamen rider aku tu. huhu, arghhh! taktau apa motif lepas perasaan kat sini. -.-"

well phrased

either we are playing the game right or we are falling really deep down.
but for the moment, just play our part.
life must go on the journey must be continued,
let the future lays before us.

challenge of the day

surat cinta untuk bakal suami


kau, walau siapa pun kau. aku tahu kau ada kat luar sana tu. mungkin kau aku kenal, mungkin juga aku takpernah jumpa kau kan? tapi kalau aku masih nak tulis surat ni untuk kau :). aku mungkin bukan macam yang kau bayangkan, perangai aku mungkin bukan macam kau harapkan, and rupa aku mungkin bukan seperti yang kau idamkan. #yucks, idam? haha kau tahu, aku selalu ingat pesan err cikgu aku kot. dye kata, 'lelaki baik untuk perempuan baik and vice versa' so aku expect kau takde ar baik sangat. haha tapi aku harap bila kite kahwin aku harap kite boleh hidup rukun dan damai selepas beberapa bulan asyik bergaduh. itu kalau kite kena kahwin paksa lah. ini pengaruh novel and korean movie yang banyak. tapi aku harap juga kau orang yang aku kenal ;) yea, you know what i mean aite? huhu aku act taktau isi kandungan 'surat cinta untuk bakal suami' nie. but aku rasa, aku rasa ar mungkin aku patut tulis nasihat untuk life kite lepas kahwin kan? okay ar, aku tak minta banyak dari kau. cuma kehidupan yang stabil and perasaan memahami. tapi, macam tak cukup pula. aku harap kau romantik, boleh buat aku selalu tersenyum, ketawa, boleh jadi tempat aku luahkan perasaan, boleh jadi suami yang mampu bimbing aku. ah, kau before kahwin dengan aku make sure kau mampu tahan sakit sebab aku sangat suka memukul. i'm deadly serious. #muka kejam hoho lastly, untuk bakal suami yang kat luar sana tu aku sentiasa tunggu kau datang and lamar aku. ohh btw, aku memang bahagia guna kau aku ni :)

cupcake :)

pernah rasa tak.kalau tengok perayaan orang lain, cis skema pulak perayaan tu.ahh, balik balik.perayaan orang lain or lebih tepat agama lain, perayaan dyeorang macam smart je kan? haha. taktau lah if aku sorang je fikir camtu.christmas, halloween, thanksgiving, ceit semua pun kristian.wait, bukan kutuk tau.karang orang cakap aku racist apekejadahnya karang.nie sekadar fikiran untuk dikongsi.event tu macam best kan? no wonder lah ramai pemuda pemudi yang takde kaitan dengan event tu pun join segala benda alah tu.mungkin mereka terlalu mengaplikasikan prinsip satu malaysia kot.positif please.aku bukan nak membebel pasal apa yang betul apa yang salah.just nak cakap perayaan dyeorang macam best sebab kite takboleh sambut macam dyeorang.manusia, suka benda yang terlarang. get the point? tapi cuba korang fikir, orang luar aku maksudkan orang yang taksambut hari raya etc etc tu la.dyeorang mesti fikir perayaan kite pun cambest jeh.okay, disini aku tekankan perayaan kite lah yang terbaik! yeah! so semua ni fair and square kan? kite admire dyeorang, dyeorang pun admire kite.and sekarang aku taktau nape aku ngarut pasal perayaan nie~ haha. shit, korang takpayah lah baca blog aku doe.

expect the unexpected :)

selalu kite judge orang.dye nie bajet hot, dye nie kepoh betul, eh sememeh je perempuan nie, oh god lelaki nie sangat desperate.kite nilai orang tanpa pertimbangan yang wajar.kite nampak some figure and snap! terus judge dye.yes, aku admit aku banyak juga ar berfikir macam tu but mostly at the end semua tu akan berlegar kat fikiran aku sebab fikiran aku sangat kejam untuk diluahkan biasanya.and bila dah dewasa sikit nie, aku dah kurang judge orang dengan sekali pandang.aku cuba tengok satu satu situasi tu dari perspektif lain.and guess what, aku lebih banyak fikir positif.but kepala otak aku kena dalam mode 'open minded' lah.the thing is, apa yang sebenarnya aku nak sampaikan kite takboleh expect semua orang act rasionally sebab fitrah manusia buat salah.and aku tahu, aku pun taksempurna.aku buat salah, aku tahu benda tu salah but still aku buat juga.alaa, semua orang pun macam tu kan? deep down, orang paling baik dalam dunia pun tahu dye ada buat salah.nasihat aku, before kite judge orang better kite duduk relaks sorang sorang and fikir.kite nie sempurna sangat ke? fikir, apa yang orang lain fikir pasal kite and bandingkan dengan apa yang kite suka nilai kat someone else.hidup kat dunia nie, bukan pasal kite sorang je.kite dikelilingi makhluk lain and kite semua ada hak untuk dipandang dengan tanggapan yang baik. oh shit, aku rasa aku dah lari tajuk nie. patutlah bm aku B pmr dulu. pfft. -.-" main idea post nie is aku nak sampaikan, yang kite takboleh expect someone tu perfect.kadang kadang bila kite tahu something yang unexpected benda tu better dari apa hal pun.things are prettier with the flaws tahu.so, thats all. :)

#rindukoala :'(

you,

if this were a dream,
so show me where the reality is.
because when i'm with you i can't find the real of life.

berkawan balik, boleh kan?

kau kawan aku kan?
bila aku mahukan kau,
kau sentiasa ada untuk aku.
walau sesibuk mana pun kau,
tiap malam kau mesti wish goodnight dekat aku.
walau macam mana aku teruk kat kau,
kau sentiasa redha jeh dengan perangai aku.
tapi sekarang,
kau dah takde dalam hidup aku.
kau pergi jauh dari aku.
kau ingat aku tak perasan keh?
aku rasa kehilangan kau.
tapi mungkin aku ego nak cari kau balik.
semua manusia pun buat kesalahan,
sebab tu cara kita belajar pun.
kau,
kalau kau masih lagi peduli tentang aku.
aku nak kau tau,
aku masih sayangkan kau.

last minute doer

perut bernyanyi lagu screamo.
boleh mosh lagi dalam usus nie.
kalau lah ada benda nya, memang dah lama bukak puasa nie.
haha. iman nipis betul kat pengakhiran waktu duduk kat kolej.
cerita pasal last minute.
duhhh biasa lah kan student buat kerja last minute?
masa mula dapat assignment dalam hati dah pasang niat nak buat sebaik habis sebab
masa lama lecturer tu bagi.tapi last last, tak jugak.
esok nak hantar hari nie baru nak tengok tajuk assignment.
dah biasa sangat dengan situasi nie.
sekarang nie bertimpa timpa dah kerja.
kerja BEL 311
kerja MGT 215
kerja CTU 231
semua pun nak kena submit minggu nie.
tapi balik perak rabu nie.
memang taklah cerita dye kan?
dengan esok ada test lagi. duhh
saat saat test lah lecturer nak kena demam campak. pfft~
harap harap otak ni mampu lagi berfungsi. :)

nor hafizaton basri


well hari nie birthday kau kan kawan?
selamat hari jadi yea.
moga kau panjang umur,
panjang akal,
panjang rambut,
panjang jodoh,
haha.
anyway aku sayang kau.
<3

maniss

' abang milik masyarakat, tapi isteri abang milik abang.'
-adi putra

ahhh, dye sangat manis dari pandangan saya. muka yang bersahaja dan intonasi yang luhur.
mesti isteri dye tersenyum bangga dekat rumah.

hadiah birthday ;)

ha, korang kata jangan upload video kan?
nie, aku letak screenshot jeh.
boleh kann? haha.

nua | perempuan cantik | comell

fadli | semua :)

haha, thanks untuk video birthday ni!
sayang korang sangat sangat.

*ouh, gambar nua kena cover sikit :p


saya sudah besar!

tarikh : 8 ogos 2011
grrr, hanna sudah besar!
post ini khas untuk semua yang wish and celebrate birthday saya :)
untuk warga housemate dan korang2 yang rela turun ke batu ;p
terima kasih sangat sangat yeah.
semua ini dikreditkan kepada :
hani | dira | aien | mimi | anne | zue | puteri | sofia | faara | kakak | momot | fieda | syue | aimi | comel | adli | daus | es | moko | jismi | nuar | fadli | ah seng |
dan juga perempuan cantik saya :D
terima kasih juga dekat semua yang wish dekat wall, texting.
| mimiey | aeton | faeis | abong |
thanks call kite yea!
and taklupa mama, daddy, shah, biah and adam :)


this is for you

those three words you longing for me to act say it.
i heart you
i miss you
i want you
i need you
i adore you
i love you
i really do.
for all your promises,
i really hope you'll keep your word.
you've makes me falling down for you,
and i'm falling pretty fast,
and now i'm loving you damn hard.



#sumpah jiwang.
#haha i'm just going with the flow okay.

puasa ouh puasa

hari nie forth puasa kan?
but aku baru berpuasa dua harii :p
arghh act nak cerita pasal hari nie.
hari ni iman aku goyah gilaa doe.
lapar siot dah rasa macam first time puasa dah nie.
kelas dah lah pagi jeh.
lepas kelas tidur bangun tidur bangun tak masuk berbuka lagi.
tension tension.
then turun jumpa perempuan cantik sekejap,
teman dira n aimi beli barang dapur,
sampai rumah jam baru pukul 3.30.
lambatnya masa berjalan.
duhh, ujian ujian.
sabar jela.
hari nie semua kerja terbengkalai melayan lapar.
pukul 4.30 karang baru start masak.
haish, jangan sampai time masak aku makan terus.
iman aku kat hujung balkoni jeh nie.
bila bila masa aku boleh terumbang ambing kat fridge tu.
haha.
ya allah, kuatkan lah iman aku hari nie.
aminn.

:)

lovequotesrus:  Photo Courtesy: bamisondrugs
wan muhammad faiza,
i heart you!
<3

aku tak sekuat mana

aku mungkin nampak tabah,
tapi dalam takramai yang tahu pun.
selama ni aku setia menunggu,
walau penungguan tu mengarut bagi orang lain.
tapi aku tetap dengan pendirian aku.
sumpah, kau memang terkesan gila pada aku.
tapi dah sampai masa aku berhenti.
aku pun perlukan tempat bergantung.
aku dah taklarat nak tunggu kau.
sebab bagi kau aku taksepenting tu kan.
kau mungkin boleh bermain kata,
tapi rasa kau masih boleh aku kesan.
bila aku dah pergi dari kau,
baru kau sedar kewujudan aku kan?
kalau tak sampai bilabila pun kau biarkan aku macam tu jeh.
aku gembira kau sedar kewujudan aku,
kau rasa kehilangan yang aku pernah rasa dulu.
memang aku rasa sedih tapi aku berterima kasih pada kau.
sebab kau buat aku berfikir selama nie.
dan sekarang kau ajar aku,
yang kebahagiaan yang aku dapat hasil dari aku lepaskan kau.
sekarang aku takmenyesal lepaskan kau, kawan.

saya sudah berjaya!

HARRY POTTER, at last!
berjaya ditonton :)
*in 3D wee~

overnight sekali lagi bersama

aien
faiza
hijau
daus
comel
moko
nua

itu jeh ;)
kali nie punya overnight banyak tidur jeh.
lalalala~

hamiza hamidon !


selamat hari jadi yeah gedik !
sayang kau betul betul.
moga panjang umur,
dibukakan pintu hati untuk belajar bagus bagus.
;)





damn

betul betul masa aku da boleh get over kau, kau datang cantik gila dengan ayat ayat segala bagai kau. kau faham tak aku nie perempuan? aku senang berharap lah. kau, datang pergi macam tu jeh. hati aku, kau takfaham kan. berapa kali cakap pun, takde apa yang berubah. kau jangan lah main tarik tali dengan aku. aku dah takde kudrat. sama ada kau sambut aku, atau lepaskan terus tali ni. cuma sekali nie, fikirlah untuk aku.

bahagia :))


hari nie DIA cuma ada test CTU & MGT jeh. ahhhh, pukul 3 pula tuu. memang taklah. pagi memang bosan lah kan? tapi kami *saya dan syue* dihiburkan oleh adik kesayangan kami! haha, faara jawa. lagi seronok dari ragging junior dekat hostel sebab gurauan nie disertakan kasih sayang yang melimpah ruah. HAHA. esok main lagi ye faara?

kurang nya saya

Kita selalu lupa, selalu alpa dengan kehidupan kita. Kita asyik dengan masalah dunia sampai kan lupa pada kewajipan kita. Yea, saya mengaku saya leka dengan dunia. Seringkali lupa dengan yang wajib. Bukan sekali saya di ingatkan. Tak terhitung pun teguran yang dilemparkan. Tapi manusia, biasalah nak memberontak. Apa yang disuruh ditinggalkan apa yang dilarang diikut ikutkan. Sekarang tuhan dah uji saya, selama nie saya takpernah rasa kehilangan orang yang rapat. Bila kawan kawan cerita pasal pengalaman diorang, saya takmampu nak rasa apa yang diorang lalui. Tapi tahun nie, saya dah hilang sepupu yang sebaya dengan saya. Kami memang takrapat, tapi kami sepupu dekat, sebaya pulak tu masa mula dapat berita kematian arwah. Saya takdapat nak bagi respon pun, saya fikir dulu apa yang patut saya rasa. Tapi taklama lepas tu sedar sedar saya da teresak esak. Mungkin, mungkin, rasa tu datang sendiri tanpa saya sedar. Itu yang saya rasa, sebab saya memang kurang berperasaan orangnya. Semalam, saya dapat berita kematian jiran satu tingkat dengan saya pula. Seorang lagi sebaya saya dah pergi, innalillah. Tuhan sedang tunjuk pada saya, pada kita, kematian itu dekat dengan kita. Semuda mana pun umur kita yang kita rasa, kematian tu sentiasa hampir dengan kita. Saya selalu ingat tentang mati, tapi tak ambil tindakan pun. Saya hanya berfikir, tak amal. Saya tahu dosa saya, tapi masih anggap mudah semua nya. Saya tahu batas saya, tapi masih lagi langgar batas yang dibina. Saya, sedar semua yang saya buat tapi entah macam mana saya mampu lagi berdiam diri. Masih hanyut dalam dunia sendiri. Harap saya cuma satu buat masa ini, minta minta lah iman saya dikuatkan supaya dapat terima hidayah daripada DIA sebelum sampai masa untuk saya pergi pula.

menjadi saya,


currently missing her.
:(

girls to guys.

FOLLOW SAYING IMAGES FOR MORE INSPIRED IMAGES & QUOTES

137% agreed this. guys will never know why we girls will, have, or are doing those things for them. because they never been in our shoes. never felt the way we felt for them. because, top of all, we are truly girls.

kamu :D


mahu berkongsi cerita sweet, HAHA.
kamu semua mesti biasa kan bila nak off chat, nak stop text,
mesti wish hati hati, take care, goodnight, etc etc.
so cerita dye macam nie,
semalam im dengan si comell,
and then nak off sebab ada class malam.
macam biasa dye cakap lah take care, etc etc,
but then dye cakap jangan jatuhkan buku,
dalam fikiran saye, 'wth?'
tapi dye jawab :-

auwhhh, dye amat comel dalam perkiraan saya.
>.<

HBU 132

semalam kelas HBU yang paling best.
:) sebab takmengantuk.
kami semua transform!


*sakai kann? HAHA

peeps,

sejak dua tiga empat lima menjak nie,
budak budak rumah ramai pulak yang buat acc blogger.
macam best kan bila ramai kongsi minat dengan kita.
post nie act untuk kamu semua,
warga rumah saya :)
auwhh, i tau i memang sweet kann?
maaf lah setiap kali minta tolong make up kan blog korang kite buat half way,
bukan ape, tumblr tuu sangat buat kite addict walau hari hari pun usha dye.
haha. tapi sekarang korang dah terer kan dengan blog?
tahniah tahniah,
kite rajin berblog balik pun sebab kamu semua mula berblog.
wee~
anda, sumber inspirasi saya.
wink wink.

meluahkan rasa,



saye rasa saye sudah jatuh cinta.


auwhhh, mata biru anda memang dah terkeluar dari wishlist saye.
:) serve you right.

bo amir iqram, you're NEXT.

tanglung hijau



in brightest day,
in blackest night,
no evil shall escape my sight.
let those who worship evil's might,
beware my power,
green lantern light.



lalalala~

sial lah, puii!

yeah yeah.
tajuk yang hebat kan?
itu tagline aien sejak dye tengok cerita KL Gangster.
okay, act mahu bercerita tentang outing tadi.
HAHA. semalam tak plan nak join keluar ke melaka but bila ain cakap dye takde geng,
ikut jela. *konon nak jaga dye lah tuu* keluar dengan orang orang yang tak expect pun.
daus *yang memang kenal muka jeh*,
comel *baru tahu itu comel*,
nua *yang baru jeh berapa minggu kenal*,
faiza *baru jadi 'anak' saye :)*,
hadi *memang kenal huu~*,
and is. okay, is jeh yang memang dah kenal lama. ;p

sampai di melaka petang, jalan jammed tak ingat dunia tapi yang best bila tengok semua orang menggila dalam kereta. menyanyi, menari, memang havoc even macam semua kepala kena tong. faiza, nua, daus ngan comel dah book transformer awal awal, jadi kiteorang yang lain tengok cerita Green Lantern. mula mula kecewa jugak lah but after tengok wuuu, tak menyesal doe.

after movie, dah pukul 1 pagi. first memang taknak overnight tapi entah siapa yang cakap takpayah balik.and the journey begins. haha.
: melepak di kedai char kuey tiau :
: pergi mcd ayer keroh :
: pantai eye on malaysia :
: kedai mamak limbongan :
: pantai kelebang :
: kedai nasi lemak mane tah :
: tampin :
: taman tasik tampin :
: college! :
hah, nak cerita memang taklah kan? penat dye gurau gurau jeh ikut mamat mamat nie. all through these places, kiteorang takbuat benda bermanfaat pun. melepak, melepak, tidur, kena kacau tidur, main lari lari etc etc. beza overnight nie dengan yang before before, masa balik warden check, so terpaksa lah menipu sunat sikit. *pak cik, maaf ye* HAHA. *gelak setan*


| comel | daus | faiza | hanna | is | nua | hadi | ain |

ye, saye tahu gambar nie takcantik but ini jeh gambar yang ada semua orang. -.-"





p/s: ini post overnight yang paling simple saye pernah buat! wee


emosi di malam hari,

weet weet. :)
hari nie, jumaat college saye cuti! yay,
lengang gila college.
macam dilanda musim zombi menyerang hendaknya.
HAHA, aku memang ambil sastera kan?
act nak share pasal tajuk kat atas tu *muncung panjang ke atas*
korang perasan tak, bila malam jeh kite jadi lagi senang beremosi.
dah lama rasa benda nie, bila malam jeh mesti lagi lembut hati,
lagi cepat menggedik, etc etc,
bila siang, ego, keras kepala segala keluar. -.-"
dan untuk aku, bila malam aku tends untuk membongkarkan rahsia.
macam senang jeh nak bercerita masalah kat orang,
tapi bila dah bangun tidur,
rasa menyesal gila cerita masalah kita.
duhh.
dan aku ada masalah yang pelik.
aku biasa mengadu pasal feeling sendiri kat crush aku,
bila fikir balik, 'aku tengah cakap pasal kau dekat kau'
HAHA. macam bongek kan?
nak buat macam mana crush kat bestfriend sendiri.
nasib lah kau jenis yang faham perangai aku yang pelik.
dan aku pulak jenis yang tak malu berkongsi perasaan.
dunia memang ditakdirkan pelik eh?
jadi self note :-
bila malam jeh, JANGAN nak dok layan feeling depan skrin handphone ye.
;p


mummy




anak mummy,
jadi comel macam nie ye nanti?
HAHA.

backward,


kalau boleh, nak ulang masa dulu dulu boleh?
kenapa setiap hubungan pun takbertahan lama.
kita semua mungkin masih berkawan,
tapi akrabnya dah taksama kan?
dulu semua pun buat bersama,
setiap apa yang kau tahu mesti aku tahu,
setiap yang kau rasa aku tahu,
setiap yang mengganggu kau aku sama terganggu,
setiap yang buat kau seronok sama buat aku tersenyum.
kita,
takboleh keh nak macam dulu balik?

itu semua dulu




its maybe sound silly but really,


image


tapi tu semua dulu.
makin lama, bila tak text tak call,
takde rasa ape pun.
walau macam mana aku nak pun,
rasa yang aku rasa dulu dah tak sama dengan sekarang.
mungkin baru sekarang aku sedar kehadiran aku tak diperlukan pun.
selama nie aku yang buta takboleh nampak apa yang kau cuba sampaikan.
sekarang rasa kosong bila nampak nama kau kat skrin handphone.
takmacam dulu dah.
manusia, mudah berubah.
dan aku, tak boleh lari dari kenyataan yang aku pun manusia juga.





memang musim yea?

dari semalam nampak muka muka monyok dalam rumah,
kecuali budak bilik lah.
sebab budak bilik aku memang bising semenjak tiga menjak nie.
setelah di post mortem sebentar tadi,
baru tahu punca kemonyokkan mereka.
rupa rupa nya semua pun terasa hati dengan orang lain.
yang zue terasa dengan abang dye,
yang aien terasa dengan 'bestfriend' dye,
solution nya,
dua dua nak balik rumah.
nak memberontak lah konon,
tak mahu turun lepak kat cafe.
haha, macam macam perangai kan.
memang musim merajuk eh sekarang?
tapi itu untuk dua manusia nie jeh,
untuk manusia lain,
seronok pula cerita dye.
sebab dapat berkawan dengan orang orang yang mengabaikan manusia yang lain.
ahhh.
susah bila kita tak tahu nak bahagikan perhatian kan?
aku pun kadang kadang takreti nak bagi perhatian kat orang sekeliling.
sampai kan aku langsung takbagi perhatian kat orang.
tapi bila diam,
orang mula mempersoalkan kenapa aku diam.
bila bising orang macam tak hirau kan aku.
aaahhhh.
susah betul kan?
ada tak buku steps to be friends for dummies.
teringin nak beli pula. pfft -.-"

ini masalah besar!

kali nie memang masalah besar.
sejak sibuk involve dengan carnival segala bagai tu,
da takde mood nak belajar, nak pergi class, nak bukak buku.
taktau lah mana hilang semangat nak belajar semua tu.
masuk kelas pun, mengelamun, dengar earphone, melukis meja,
serabut kan? macam mana nak semangat belajar balik doe.

btw, nak cerita.
bila kite ignore orang, dye memang akan sedar kewujudan kat kite eh?
HAHA. baru sedar boleh apply benda nie.
baru juga sedar tahap keloadingan yang melampau.

someone, somewhere

(Even though I'm on my own)
(I know I'm not alone)
(Cause I know there's someone, somewhere)
(Praying that I'll make it home)
(So here's one from the heart)
(A life line from the start)
(I need a home sweet home)
(To call my own)

It was you
If only I could do this
You put the music in my heart
Now I'm singing with a band in Memphis
It's hard just, to be strong
Not knowing if, I've done you wrong
I want to imagine
A smile when you hear my songs

Even though I'm on my own
I know I'm not alone
Cause I know there's someone, somewhere
Praying that I make it home
So here's one from the heart
A life line from the start
I need a home sweet home
To call my own

A letter home
And I don't really speak much
We both know I'm not keen too
But I think there's things I've left unsaid
I'm okay, don't worry
I wish I'd been a better kid
I'm trying, to slow down
I'm sorry for letting you down

Even though I'm on my own
I know I'm not alone
Cause I know there's someone, somewhere
Praying that I make it home
So here's one from the heart
A life line from the start
I need a home sweet home
To call my own

Yeah!

You know it's just, Rock and roll
I know you by my side, through it all
My time running out
And I'll take over the world

Even though I'm on my own
I know I'm not alone
Cause I know there's someone, somewhere
Praying that I make it home
So here's one from the heart
A life line from the start
I need a home sweet home
To call my own

Even though I'm on my own
I know I'm not alone
Cause I know there's someone, somewhere
Praying that I make it home
So here's one from the heart
A life line from the start
I need a home sweet home
To call my own

i'm back

yeah,

setelah berabad lamanya tak update akhirnya jumpa jugak topik untuk dipostkan.

wee~ weekend tempoh hari *skema skema* college buat karnival kelab dan persatuan.

macam sekolah pulak kan? so untuk program kali nie hanna jadi crew booth kelab kembara.

bangga amat yea adi crew kembara sebab booth kembara paling havoc! HAHA.

dan booth nie banyak abang handsome lalala~ *ini antara tarikan kelab yea*

tak banyak nak diceritakan, gambar jeh yang ada. *senyum senyum*




DYNAMITE crew,

ini lahh dynamite crew saya,
saya sayangg mereka,
walaupun mereka sengal 24/7,
wee~
heart dynamite ketat ketat.

gunung angsi

hoccay,
assalamualaikum :DD
saya amat bersyukur yea kerana maseh hidup hingga ke hari ini.
haha,
skema seketika sebab effect balik dari mendaki tempoh hari.
jadi tujuan menulis hari ini adalah untuk bercerita tentang pendakian.

hari jumaat yang lepas kite orang bergerak ke ulu bendul pukul 4 lebey,
sepatut nya pukul 3 dah gerak, pfft~
sampai jeh kat sana hujan!
kelam kabut pasang khemah,
masak masak,
then bilik air pula ta bole guna.
memang banyak dugaan nya.
so bekal air memang natural gila lah.
air sungai dari sebelah tapak perkhemahan di gunakan.
wink wink, air itu amat sejuk sekali.
jadi malam itu selepas habis masak dan makan.
lebih kurang dalam pukul 10 buad LDK pertama.
perrr, sepatutnya saya menjadi tukang cakap sebab exco program adalah saya,
but disebabkan kemalasan saya yang berganda dan kerajinan exco lain yang maximum,
semua masalah boleh diselesaikan. *bagi ex rpsian situasi ini lebih dikenali sebagai GIPANG*
peserta camp ini sepatutnya 80 orang,
tapi yang join cuma 34 orang termasuk 3 orang pensyarah.
saya kumpulan DYNAMITE yang amat cool.
saya ulang ya,
amat cool. *terbaik!*
-.- penat lah taip, rasa macam post nie membosankan pula.
okay sambung balek !
malam pertama itu saya tidak tidur !!
sebab buad perap ayam BBQ untuk malam esok.
saya, puteri, fikri, lan, alil, hijau dan segelintir manusia huha huha di malam buta.
lepas siap perap ayam,
kite orang try lah bakar dua ketul,
memang bahagia makan kongsi rebut rebut.
benarlah bak kata maxis, sharing is caring. hahaa
then pukul 6 pagi terus terjun dalam sungai.
memang macam terjun dari kapal titanic lah jawab nya.

potong potong potong
kami bergerak lah keh arah gunung angsi.
perjalanan nya memang sumpah endless.
bergerak naik pukul 9 tiba di puncak pukul 1.30 mungkin,
selepas berlari, melompat, berjalan, memanjat, merangkak,
memang rasa menyesal sangat yang amat join mendaki masa thu.
tapi bila sampai jeh kat puncak,
memang heaven gila lah.
walaupun menhjadi antara yang lambat sampai tapi sampai juga kan??
sempat lah juga rakam merakam kami henshin,
snap snap gambar kepenatan,
then dalam pukul berapa entah turun balik.
ingatkan ada shortcut rupanya kena ikut jalan tadi balik!
dalam hati, 'WTF??!!'
sabar jelah kann.
then turun termasuk dalam kumpulan yang last juga,
sebab teman sorang budak injured,
but saya dan zue gerak laju sikit,
tahu tahu kiteorang da tertinggal yang lain di belakang,
perjalanan yang sepatutnya 2 jam,
kiteorang jalan sejam jeh,
sebab da dekat na malam masa thu,
tiba jeh kat camp site,
tudung da hilang,
terus terjun dalam sungai,
relief gilaa masa thu.
then tolong orang masak kejap,
lepak lepak dengan member,
pukul 10 lebey baru kumpulan yang last tadi thu sampai,
masa diaorang sampai memang lega gila lah kan.
habis semua LDK cancel malam thu,
after tidur kejap bangun makan ayam,
mengarut kat depan khemah,
join yang lelaki buad unggun api etc.
then main gitar!
terima kasih ye alil, najib dan lan yang mengajar.
walaupun masa thu apa pun ta ingat sebab dah mamai gila.
then pergi basuh tangan,
*errr, saya rajen ye basuh tangan masa camp nie*
bila tengok balik kat depan unggun api,
najib dengan lan da sedap tidur da pun,
jadi pergi lah buad air,
makan minum pukul 2 pagi bersama alil sambil tengok miss amalina
dengan annyss main masak masak.
tepat pukul 3 jeh,
masuk khemah sebab semua yang lain memang nampak gila mengantuknya.

esok pagi pulak masak sarapan beramai ramai,
then ada water confident dekat tasek yang creepy,
after thu kiteorang ambush birthday fikri dengan annyss,
habis diaorang kena tepung, air, serbuk kunyit, kicap, sos cili.
haha, boleh buad BBQ dah.
habis jeh ambush terus gerak pergi sungai kat atas,
budak laki bawa memang jauh ta ingat lahh.
tapi best :DD.
mandi lama juga rasa nya,
habis mandi siap siap kemas segala nya and
buad majlis penutup dan DYNAMITE berjaya menjadi kumpulan kedua.
bangga, wee~
then bergerak balik ke kolej pukul 4 lebey.
dalam bas tengok cerita DI SINI ADA HANTU,
memang rabak kat skrin thu nampak orang dalam bas jeh.
dengar suara cerita thu and gelak gelak jela mampu.
dalam pukul 6 baru tiba kolej.
and yay!
sampai rumah saya menjerit jerit bagai kera di hutan.


okay,
cerita da habis,
balik balik.
hahaa

i'm that girl,

i'm not that girl,
that you find fascinating,
i'm not that girl,
that you might be fond of,
i'm not that girl,
that you'll pleasant to be with,
i'm not the girl,
that you have dreamed before.
but i'm want to be that girl,
that make your heart beats fast,
i want to be that girl,
that comfort you the most,
i want to be that girl,
whom flawed,
just to complete you perfection.
and yes,
i want to be yours.


aku bukan orang nya

aku bukan orangnya,
aku bukan segala yang kau mahu,
aku bukan segala yang kau perlu,
sebab aku cuma seorang aku.
aku bukan seorang pendengar yang setia,
aku mudah berpaling,
aku cuma mampu berkata yang jujur,
yang mungkin hanya menimbulkan amarah.
aku bukan pengajar yang taat,
aku kurang ilmunya,
aku cuma mampu belajar dan belajar bersama kau.
aku bukan sahabat mithali,
yang mampu setia di belakang kau,
aku cuma mampu faham kau,
tanpa kau sedar.
aku bukan gadis yang sempurna,
yang menjaga tingkahlaku dan menyusun tutur,
aku cuma mampu menjadi aku,
aku bukan seorang hamba yang terbilang,
yang taat kepada tuhannya,
aku hamba penuh dengan kekhilafan.
aku bukan segala yang dijangkakan.
kerana aku memang begini,
aku cuma seorang aku.




*da lima ribu tahun ta menulis kan?*

untuk awak,

hey awak,
welcome to blogging.
:DD
sekarang awak sudah ada tempat untuk mengarut kan?
tahniah lahh.

nur muhammad, ini untuk awak. -.-''

ahad yang indah

errr,
indah keh?
okay.
ini kronolgi untuk hari ini,
setakat ini.

tadi pagi bangun lambat,
sebab tidur pukul 5.00 pagi.
tengok playful kiss punya pasal.
and right after bangun,
kemas hall yang sumpah lagi sepah dari pusat kucing bersalin.
kemas kemas dapur.
then mandi!
masa end up na mandi freak out gila sebab air na habis.
sial betul,
sistem perpaipan yang cukup ta efisien.
blah lah kolej.
nama na gah tapi air tade.
macam duduk kat pendalaman tahu?
grrrr.
then sempat lah bilas shampoo etc etc.
da mandi,
lapar.
pergi makan.
masak maggi baik punya.
sebab guna air mineral.
bill gates pun ta macam nie tahu?
*sebab dye ta makan maggi pun, haha*
then mengarut mengarut dengan ain, puteri dan dira.
study acc sikit,
selsema banyak,
plessing gitar lebih,
and the rest of time dihabiskan dengan menjerit dekat ain,
suruh dye mandi.
*ouh, nearly 4 tadi da ada air balik*
sekarang hall da kembali aman,
sebab tade raksasa unta kepala lapan.
ain,
mandi lama lama yea.
;P



*tabik spring kentang kalau baca post nie, sebab tade point pun post nie.haha*

mata biru,

all of us have that boy,

  • He’s the boy we try to pretend we aren’t looking for as we make our way to class.
  • He’s the boy that we lie about and claim to not care about anymore.
  • He’s the boy that gives you the cliché butterflies, complete with the weakness in the knees.
  • He’s the boy we’re thinking about as we read this.
  • I think every single girl has this boy, and every single girl will remember him forever-
  • He’s not the one for us, but he’ll always be somewhere in our hearts.


auwhhh,
mata biru.
still i adore you.
i heart you.
damn hard.
can't you see?
inside of me there were only you.
i'm not so over you.

ini untuk kau,

seriously,
berhenti lah dari mencari aku.
apa sebenarnya kau nampak dekat aku?
aku,
tade apa apa untuk di sukai.
ta layak pun.
nama jeh perempuan.
perangai tak pun.
kau,
aku da cakap dari awal,
jangan berharap dekat aku.
aku mati mati da percaya kau pegang kata kata kau.
bila aku baik dengan kau,
kau assume aku ada perasaan dekat kau.
come on lah,
once aku ada crush,
hati aku da terikat okay.
walau crush cuma.
aku admit aku memang layan kau baik baik.
tapi hakikatnya,
dengan semua orang pun aku begitu.
sebab thu aku cakap jangan berharap pada aku.
sekarang aku pergi,
bukan sebab aku benci kau,
tapi kau ta nak kau berharap dekat aku da.
aku ta nak jadi perempuan yang main main kan lelaki.
aku mungkin boleh jadi kawan kau,
tapi hanya bila kau anggap aku macam thu.
fullstop.

terakhir, mata biru

mata biru,
mata biru,
anda bukan lagi di hati saya,
tapi awak amat terkesan dalam hati saya.
saya harap awak tahu.
harap sangat.

mata biru,
crush saya sejak bulan 9 lepas tahu?
segelintir saja yang tahu fakta nie.
:D
pertama kali saya pandai simpan rahsia kan?
masa crush memang ta pandang orang lain lah.
rasa bodoh pun ada juga kan.
sebab crush jeh.
tapi mata biru ini seriously memang terkesan kat saya.
ta tahu lah kenapa.
crush yang lain ta rasa apa pun.
adoi,
ta rasa keh ayat da tunggang terbalik.
rasa na masuk sekolah balik,
amek kelas bahasa balik,
na cerita pasal mata biru,
tapi nanti takut ada yang dapat detect siapa mata biru pulak.
haha.
semalam masa CTU,
ustad usha notebook saya,
and dye bole pula tanya,
'hanna, who's mata biru?'
saya macam,
whoa, tahu lah notebook thu banyak english,
ustad pun terikut keh?
haha.
then aku dengan nada tersekat sekat jawab,
'errr, dyye uh atis korea ustad.hee~'
mamat korea mane lah yang mata biru kan?
da nampak kan hanna memang ta reti menipu,
lalalalala~
so cerita ini menunjukkan masa zaman crushie kat mata biru,
nama dye ada di mana mana saja.
:DD
i'm sweet aite?

jadi,
the end.
pffft, bosan gila kan belog nie?
lalalalalala~

saya maseh hidup

weeee~
hanna maseh hidup tahu ?
ta terserlah di alam maya ,
terhanyut dalam kesibukkan kelas yang sial punya packed.
haha , seriously jadual memang ta ingat dunia punya packed lah.
sabtu ahad pulak katil memanggil manggil.
na tengok laptop pun macam ta menggiurkan saja.
next week UJIAN SATU,
jadi saya belajarlah.
mungkin saya da tertukar faculty,
sebab saya belajar main gitar!
*applause*
sem satu da belajar chord,
jadi sem dua belajar stramming pulak.
lagu pertama saya,
150 JUTA.
yay, tapi masih dalam proses lagi.
ha,
satu fakta tentang kelas gitar hanna ;
kelas hanya akan bermula bila ada ujian, quiz, final yang bakal menjelang.
*malas na tengok buku act, hee~*
so, wish me luck kay ?

mata biru

ouh mata biru,
saye suka sangat sangat pada awak tahu ta ?
da lame saya menaruh harapan kat awak,
waa tapi awak buad ta layan jeh kan,
tahu lahh awak duduk dalamkotak yang gerak gerak uh,
tapi jangan lah berlagak sangat doe,
haha awak tahu ta tiap tiap hari pun saye tungggu awak text saye,
walau pun saye tahu thu memang amat mustahil,
walau saya tunggu 5 tahun lagi pun,
jadi dalam masa 7 tahun mungkin lah awak akan text saye,
ha, tengok,
saya da pandai merepek sejak kenal awak,
adoi,
mata biru mata biru,
kenapalah saya kena jatuh hati pada awak,
setiap kali crush pun mesti pada orang yang salah.


*isi kandungan memang agak kabur, tapi jangan risau next post saya jelaskan segala nya*
*wink wink*

accountancy is SHIT,


hee,
gaya macam marah kan ?
but really,
annoying jugak bila da rushing gila pagi pagi na masuk class,
and then tahu tahu class tade pun.
lecturer ta ada , wtf ?
college ni memang suka mengarut betul .
tiap tiap hari pun macam ini ,
maybe lecturer ta tahu la kot ,
tapi stay kat ruma siang siang hari nie amat bosan tahu ?
adoi ,
then hari hari pun aku mengarut kat dalam bilik nie .
waaa ,
baek pergi part time jaga singa kat safari thu .
grrr ,



jangan sampai aku bertukar jadi GARO pulak,
ouh btw ,
ILY kouga ! hee~