aku bukan segala yang kau mahu,
aku bukan segala yang kau perlu,
sebab aku cuma seorang aku.
aku bukan seorang pendengar yang setia,
aku mudah berpaling,
aku cuma mampu berkata yang jujur,
yang mungkin hanya menimbulkan amarah.
aku bukan pengajar yang taat,
aku kurang ilmunya,
aku cuma mampu belajar dan belajar bersama kau.
aku bukan sahabat mithali,
yang mampu setia di belakang kau,
aku cuma mampu faham kau,
tanpa kau sedar.
aku bukan gadis yang sempurna,
yang menjaga tingkahlaku dan menyusun tutur,
aku cuma mampu menjadi aku,
aku bukan seorang hamba yang terbilang,
yang taat kepada tuhannya,
aku hamba penuh dengan kekhilafan.
aku bukan segala yang dijangkakan.
kerana aku memang begini,
aku cuma seorang aku.
*da lima ribu tahun ta menulis kan?*
No comments:
Post a Comment